Sunday, 28 October 2012

Saya sayang Tokwan

Gambar terakhir bersama arwah ketika raya puasa . Rindu :*


Dengan Bismillahirahmanirahim saya membuka cerita ini . pada 14/10/2012 detik yang tidak disangka berlaku .pulangnya seorang insan kepada penciptanya . harini genap 2 minggu Arwah tokwan aku menghadap illahi . tak aku sangka kali terakhir aku melihat wajahnya ketika raya puasa yang lepas . Ketika itu wajah tokwan tidak kelihatan sakit .malah gembira anak cucu nya balik ke kampung .tidak sedetik pun muka penat kelihatan dia raut wajah tokwan aku . suasana rumah di kampung tidak lagi semeriah dulu . tidak dengar batuk kuat arwah tokwan aku , tidak lagi kelihatan katil si sudut pintu masuk . aku kini menjadi insan atau manusia yang bernama shakira . setiap aku balik kampung aku menanti panggilan nama aku keluar di mulut arwah tokwan aku . nama kesukaan arwah tokwan aku terhadap aku Jamilah . ketika kecil aku suka menangis katanya tidak suka nama shakira . lalu keluar nama jamilah .nama yang ringkas itulah membuatkan aku tersenyum . sejak tahun 1994 ketika lahirnya aku arwah tokwan aku masih memanggil aku dengan nama jamilah . tapi sekarang aku tak akan dengar lagi nama jamilah .kerana hanya arwah sahaje memanggil aku dengan nama itu . 

waktu arwah tokwan aku meninggal ahad 14/10/12 pukul 9.30 . menerima panggilan dari pak cik sudah membuatkan aku berdebar . panggil dari pakcik aku dijawap oleh emak . aku masih ingat lagi wajah emak ketika pakcik aku mengatakan arwah tidak ada lagi . Emak berbilang kali mengatakan aku dah jadi anak yatim piatu ,namun aku ,kakngah dan abah menenangkan nya . pada malam itu jugaklah kami sekeluar pulang ke kampung .pada pukul 2 pagi bertolak . baju yang tak bertukar , kami bertolak . sepanjang perjalanan emak termenung . tidak ada sebarang suara sepanjang perjalanan balik kedah .

Pada 15/10/12 waktu 7.30 pagi ketika masuk di halaman kampung hujan turun seolah olah memahami permergian insan tersayang .Langkah masuk kerumah tu Mata aku pandang tepat pada sekujur tubuh aku berapa di atas katil .Menitis air mata melihat arwah . Emak aku menjadi lemah . namun dia tegah kan diri supaya kami adik beradik tidak sedih .

Setelah sampai aku menghadiahkan bacaan yassin walaupun aku tidak berapa lancar . aku sedih bacaan aku tersekat sekat dek kerana sedih . setelah pukul 9 lebih langit menjadi cerah . datangnya orang yang menguruskan jenazah . selesai jenazah dimandikan aku masih kaki di bilik arwah . takut semua benda selubungi aku . 

Kami semua beratur mencium arwah buat kali pertama dah terakhir . memang aku takut ketika itu .tapi aku nak sangat cium . dahi arwah sejuk seperti kosong . menandakan ia telah tiada .
 .

Semoga Arwah berada dikalangan orang yang beriman amin . 




Tangan awak comellah ,kalau awak komen lagi lagi dan lagi comel

No comments:

Post a Comment

Please put some massage to me :)